PROFIL

PUSAT SUMBER SEKOLAH


MATLAMAT                                          

Pusat sumber sekolah (PSS) bermatlamat sebagai  sebuah pusat pengumpulan bahan dan juga sebagai pusat rujukan bagi murid, guru dan penagih ilmu.

PSS lebih menitikberatkan penggunaan pelbagai jenis media terutama yang berkonsepkan teknologi maklumat bagi membantu dalam proses P&P supaya lebih menarik dan berkesan.

Ini selaras dengan matlamat sekolah ini dalam konteks merealitikan hasrat memartabatkannya sebagai sebuah institusi pendidikan yang berkualiti dan berdaya maju di samping melahirkan murid yang bestari.


OBJEKTIF

1.  Memperolehi, menghasil, mengumpul, mengedar, dan menggunakan bahan/alat bantu mengajar bagi mempertingkatkan kualiti P&P.
2.   Menawar khidmat nasihat dan bimbingan berkaitan teknik penggunaan pelbagai media terutama media elektronik.
3.      Bertindak sebagai nadi bagi menggerakkan kelancaran bidang kurikulum serta kokurikulum.
4.     Menganjurkan pelbagai aktiviti berkaitan penggunaan bahan media cetak dan media bukan cetak supaya tidak bergantung hanya kepada kaedah tradisional iaitu bersandarkan buku teks sahaja.
5.     Menyebarkan maklumat terkini berkaitan perkembangan pendidikan.
6.    Melatih murid mengamalkan pendekatan “inkuiri penemuan” dalam pembelajaran di mana akhirnya murid dapat mengesan maklumat dengan sendiri di PSS.
7.     Melatih murid menggunakan kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran.
8.     Berperanan sebagai pusat integrasi media dalam konteks membantu kurikulum sekolah.
9.  Menjadikan PSS sebagai suatu tempat P&P (Learning Centre) supaya guru dan murd berpeluang menggunakan pelbagai media yang akhirnya akan menggalakkan perkembangan pembelajaran kendiri.
10.  Mempertingkatkan kualiti P&P.
11. Melatih murid berdikari dengan menjalankan kerja-kerja  rujukan dan kerja-kerja projek menerusi informasi yang  boleh dikesan di PSS.

VISI

“ Melahirkan insan yang berinformasi ”

“ Mencanai minda yang bestari ”

“ Membentuk warga yang berkualiti ”

MISI

“ Melengkapkan PSS dengan prasarana informasi yang berteknologi tinggi ”

“ Menyajikan koleksi khazanah informasi yang terkini dan berkualiti ”

“ Menginterasikan P & P dengan media berteknologi tinggi yang terkini ”

No comments:

Post a Comment